Posted by: el99 | July 30, 2008

Gelang kaki/tangan yang ada loceng – petikan Jakim

Apakah hukumnya memakaikan anak perempuan dengan gelang kaki/tangan yang ada loceng ? .

Merujuk kepada kitab Bahrul Mazi, (ringkasan Sahih al-Tamizi), memakai loceng adalah ditegah oleh syarak kerana bunyi loceng itu menyebabkan tiada malaikat Rahmat mendekatinya. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang dikeluarkan oleh Abu ‘Isa al-Tirmizi yang maksudnya:

“Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Tiada menyertai malaikat Rahmat bersama jamaah (kumpulan) yang ada di dalamnya anjing dan loceng”

Oleh yang demikian, elakkanlah dari memakaikan gelang kaki/tangan yang ada loceng pada anak perempuan..


Leave a response

You must be logged in to post a comment.

Categories