Posted by: el99 | July 27, 2008

Bila Washington Membela Pekerjanya

Friday, July 25, 2008


Pada tahun 1998, Wan Azizah Wan Ismail berjumpa dengan Madeliene Albright (bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat). Apakah ketika itu Wan Azizah saja saja berjumpa atau memohon bantuan dari luar untuk membebaskan Anwar Ibrahim?

(Gambar: Dulu jumpa Madeline Albright, Setiausaha Negara Amerika. Kini pengganti jawatan yang sama iaitu Condoleeza Rice sebagai Setiausaha Negara juga turut membela Anwar). Mulanya pada 30 Jun 2008, Tom Casey (Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat) bersuara meminta kerajaan Malaysia agar jangan menahan Anwar atas dasar politik. Kemudian pada 17 Julai 2008, Sean McCormack, juga Jurucakap Jabatan Negara menggesa agar Malaysia adil dan saksama dalam kes Anwar Ibrahim. Mengapa mereka berminat sangat dengan individu bernama Anwar bin Ibrahim? Ada apa-apa kaitankah dengan mereka?

(Gambar: Anwar cuba menafikan hubungannya dengan Amerika, hakikatnya ianya bukan propaganda tetapi realitinya memang ada. Sekali lagi Anwar berbohong dan berdalih). Pada 24 Julai, di Forum Serantau Asean ke-15 di Singapura, Rice terus dengan kenyataan angkuhnya menggesa Malaysia supaya bertindak telus dan mematuhi lunas undang-undang apabila mengendalikan tuduhan liwat yang libatkan Anwar. “Amerika Syarikat telah lama bercakap (mengenai isu ini) dan akan terus bercakap mengenai kes-kes yang kami merasakan perlu disentuh dari segi kedudukan politik. Kami hendak melihat ketelusan dan undang-undang dipatuhi sepenuhnya di sini,” kata Rice. Sudah tiga orang dari satu pejabat yang sama memberi komen membela Anwar Ibrahim. Apakah Bush yang merestui kenyataan mereka ini? Sehari sebelum kenyataan Rice, pada 23 Julai, jam 11.30 pagi, Anwar bertemu dengan 38 orang wakil kedutaan asing di Ibu Pejabat PKR untuk memberi taklimat tentang isunya dan keadaan ekonomi semasa. Anwar beri taklimat atau mengadu pada orang asing?


(Gambar: Anwar bersama dalam satu pertemuan di luar negara. Bersamanya salah seorangnya ialah Anthonny Sullivan, wakil dari NED). Tidak menghairankan kenapa Washington campurtangan berulang kali dalam kes Anwar. Dulu pada 1998, Al Gore campurtangan. Kini, Rice, Sean McCormack dan Tom Casey pula. Ini kerana Anwar juga mempengerusikan satu yayasan yang mendapat tajaan dari pejabat yang sama dengan ketiga-tiganya orang tersebut. Pada Disember 2005, Rice pernah hadir di Bahrain untuk melancarkan Foundation For Future (FFF) yang dipengerusikan oleh Anwar Ibrahim. Malah FFF, turut mendapat tajaan USD$35 juta dari Jabatan Negara Amerika Syarikat. Jika begitu, tidak salah sekiranya majikan campurtangan di negara lain untuk membela pekerjanya sendiri. Apakah selepas ini Bush pula akan bersuara?

AZRINIZAM IBRAHIM

Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: