Posted by: el99 | July 27, 2008

Guru antara ratu pondan ditahan

Oleh Haspaizi Mohd Zain

AMBIL KETERANGAN: Dua antara 16 peserta ratu cantik pondan yang ditahan di sebuah resort terkemuka di Telong, Bachok, malam kelmarin.


Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JHEAIK, Mohd Abdul Aziz Mohd Nor, berkata pondan yang berusia antara 20 hingga 30 tahun itu ditahan kira-kira jam 9 malam ketika sedang beraksi dengan pakaian wanita seperti gaun malam, kebaya dan pakaian mandi di sebuah dewan di resort itu.

“Tiga lagi peserta berjaya melepaskan diri dengan terjun ke sungai berdekatan, manakala yang ditahan dibawa ke pejabat JHEAIK di Kota Bharu untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, guru berkenaan bertugas di sebuah sekolah rendah di daerah ini.

“Guru yang bertugas di sebuah sekolah rendah di daerah ini itu dibawa ke pejabat JHEAIK di Balai Islam, Lundang, Kota Bharu bersama 15 pondan lain untuk diambil keterangan,” katanya.

Mohd Abdul Aziz berkata, ketika serbuan dilakukan, semua pondan itu berpakaian wanita seperti gaun malam, kebaya, kasual dan pakaian mandi.

“Ketika serbuan dilakukan, ada kira-kira 300 tetamu menyaksikan pertandingan itu dan difahamkan mereka yang ingin menyertai pertandingan itu dikenakan bayaran RM38,” katanya.

Beliau berkata, dianggarkan 50 pondan menyertai pertandingan itu tetapi sebahagiannya berjaya melarikan diri selepas menyedari kehadiran penguat kuasa agama itu.


Responses

  1. Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada…


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: