Posted by: el99 | July 29, 2008

Karpal angkuh dan jahil

KUALA LUMPUR 28 Julai – Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh merupakan seorang yang angkuh dan jahil Islam apabila menyelar Pas kerana mengadakan rundingan dengan UMNO untuk memelihara perpaduan Melayu.

Ketua Penerangan UMNO, Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib memberitahu, UMNO dan Pas hanya merundingkan mengenai hal ehwal agama dan akidah orang Melayu Islam.

“Tindakan Karpal itu jelas menunjukkan bahawa pemimpin DAP itu amat angkuh dan jahil mengenai Islam.

“Karpal melihat rundingan itu semata-mata dari sudut pandangan politik, tetapi UMNO dan Pas melihat perkara itu dari pandangan Islam yang lebih penting daripada politik,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Muhammad yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mengulas kenyataan Karpal semalam yang mahukan pakatan pembangkang menimbang semula secara serius sama ada Pas patut terus menganggotai pakatan tersebut.

Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu berkata demikian sebagai reaksi terhadap laporan berita baru-baru ini yang mengesahkan bahawa Pas dan UMNO, yang menjadi tulang belakang Barisan Nasional (BN), mengadakan rundingan bagi memelihara perpaduan Melayu di negara ini.

Malahan Karpal juga menyelar langkah Pas mengadakan satu lagi pusingan rundingan dengan UMNO ‘atas nama perpaduan Melayu’ dan menyifatkan langkah bersifat perkauman oleh Pas itu sebagai tidak sejajar dengan dasar DAP dan pakatan pembangkang.

Pakatan pembangkang itu yang dianggotai DAP, PKR dan Pas memerintah lima negeri – Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Perpecahan gabungan itu akan menyebabkan berlakunya perubahan kerajaan di negeri terbabit, kecuali di Kelantan di mana Pas mempunyai majoriti lima kerusi.

Kelmarin, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan agar UMNO dan Pas dibubarkan dan sebuah parti baru ditubuhkan bagi menyatukan semua orang Melayu.

Muhammad menegaskan, sikap Karpal yang angkuh dan jahil itu jelas menunjukkan pemimpin DAP hanya mementingkan kuasa di negeri-negeri yang dikuasai.

“DAP sedar bahawa tanpa Pas, mereka tidak akan dapat melaksanakan agenda-agenda parti itu di negeri-negeri yang dikuasai terutama di mana DAP mempunyai lebih anggota Dewan Undangan Negeri seperti di Selangor dan Perak,” katanya.

Tegas beliau, UMNO akan terus mengadakan pertemuan dengan Pas demi memelihara perpaduan orang Melayu dan Islam.


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: