Posted by: el99 | August 1, 2008

Tafsir Talqin

Bismillah hir  rah man nir rahim. Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat  dengan Baqa’ dan Qidam,  Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang  bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa  yang kecewa. ahaSuci Tuhan yang menjadikan  lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada  orang yang lalai, dan sebesar-besar  amaran kepada orang yang masih  hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah  akan jahanam dan  binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhanyang MahaBesar kuasa  menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin  IBUSAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu  ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk  ke negeri Akhirat.  Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang  disembah dengan sebenar- benarnya  melainkan Allah, dan bahawa senya  Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA,  apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat sebagai wakil Tuhan yang menemui kamu, iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah  berasa gentar  dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta  janganlah kamu  susah-hati dan terkejut.  Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA,  bahawa senya Mungkar dan Nakir  itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga  hamba Allah Taala.  Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal  kamu.

Mereka berkata:

§               Siapakah Tuhan kamu?

§               Siapakah Nabi kamu?

§               Apakah agama  kamu?

§               Apakah nama kiblat kamu?

§               Siapakah saudara kamu?

§               Apakah pegangan iktikad kamu?

§               Dan apakah kalimah yang  kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat  dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa  gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang  dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:

§               Allah Taala Tuhanku,

§               Muhammad nabiku,

§               Islam agamaku, kitab suci Al-Quran ikutanku,

§               Baitullah itu kiblatku,

§               malahan sembahyang, puasa, zakat dan mengerjakan haji diwajibkan  keatas aku.

§               Semua orang  Islam dan orang  yang beriman adalah saudara aku,

§               bahkan dari masa hidup hingga  aku  mati aku mengucap: “La ila ha illallah  Muhammad durrasulullah”.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan  yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di  dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk  berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar,  soalan  malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,  bangun  dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,  berkumpul dan  berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan  dikira segala amalan  kamu adalah benar, minum di kolam air nabi  adalah benar, ada syurga dan  neraka adalah benar. Bahawa senya hari  Kiamat tetap akan adanya, begitu  juga Tuhan yang maha berkuasa akan  membangkitkan semula orang-orang yang  di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu  disisi Allah Taala. semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu.  Tuhan jua yang  menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala  menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu  yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan  memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal  kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak  disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subha  na rabbika rabbil  izati amma ya sifun wassallamu alal mursalin  walham dulillahi rabbil  alamin.

Al-Fatihah

Setiap yang bernafas  Pasti akan Mati  “Kullu nafsin za iqatul maut”

Firman Allah swt,

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam  kerugian, kecuali orang-orang yang beriman
dan beramal soleh, yang  ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati  dengan
kesabaran.”

Surah Al-Ashr


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: