Posted by: el99 | August 4, 2008

‘Wan Azizah letak jawatan MP – Dato Pirdaus boleh diisytiharkan sebagai MP Permatang Pauh’

Satu pendapat yang agak menarik daripada seorang forummer yang menggunakan nama samaran Bak_Arisya seorang Panelis Muda di mykmu.net. Komen beliau adalah berdasarkan

Perlembangan Persekutuan :

Part IV Chapter 4 (federal legislature)

Part VIII (elections) serta Election Act, 1958

dan Elections (Conduct of Elections) Regulations, 1981

“Setelah membaca Perlembagaan Persekutuan beberapa kali tentang pIlihanraya dan Suruhanjaya Pilihanraya serta undang-undang berkaitan pilihanraya, saya berpendapat SPR tidak perlu memanggil pilihanraya kecil Permatang Pauh berikutan peletakan jawatan Wan Azizah. Ini kerana walaupun peletakan jawatan MP dibenarkan, ia tidak bermakna kerusi itu kosong secara automatik. Ini berbeza dengan keadaan di mana MP hilang kelayakan seperti menjadi gila ataupun pemilihan MP itu diisytihar tidak sah oleh mahkamah. Bagaimanasekalipun, SPR mempunyai kuasa untuk menentukan samada sesebuah kerusi itu kosong and menentukan samada hendak memanggil pilihanraya kecil.

Dalam kes peletakan jawatan dan kematian MP serta keadaan di mana mahkamah mengisytiharkan pemilihan MP tidak sah, SPR boleh; – mengisytiharkan kerusi itu kosong dan memangil pilihanraya kecil, atau – mengisytiharkan calon dengan undi kedua terbanyak dalam pilihanraya sebelumnya sebagai MP baru. Dalam kes MP hilang kelayakan, kerusi menjadi kosong secara automatik dan SPR perlu memangil pilihanraya kecil tetapi ia boleh menentukan bila kekosongan kerusi itu seterusnya bila pilihanraya kecil akan dilakukan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan. Mengenai kematian MP, secara konvensyen, SPR akan memanggil pilihanraya kecil. Tentang peletakan jawatan… kalau tak silap cuma satu insiden iaitu selepas Mat Tyson letak jawatan MB dan Abu Hasan dilantik penganti. Di Bukit Bintang tak lama dulu (kalau tak silap) mahkamah telah melantik calon dengan undi kedua terbanyak sebagai MP setelah mengistiharkan pemilhan calon dengan undi terbanyak tidah sah. (Kuasa mahkamah dalam kes seperti ini telah di “delegate” kan kepada SPR berikutan satu pindaan undang-undang.”

Saya telah meneliti peruntukan undang-undang yang dimaksudkan dan juga merujuk kepada  pengamal undang-undang di mana mereka bersetuju dengan pendapat penulis bernama Bak_Aresya.

Oleh yang demikian, saya, hangjebat aka  hajilosong  di Pembela Melayu.com dengan ini menyeru pihak SPR agar  mematuhi peruntukan yang sudah pun termaktub dalam Perlembagaan Malaysia tersebut. Pilihanraya Kecil ini adalah tidak perlu sama-sekali dan  keputusannya kelak boleh dicabar di Mahkamah!

Sumber Petikan : Pembela Melayu Sejati


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: