Posted by: el99 | August 14, 2008

Ariff Shah calon BN Permatang Pauh

Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini akan menyaksikan pertarungan ibarat “buku bertemu ruas” apabila penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dicabar oleh calon Barisan Nasional (BN) Datuk Arif Shah Omar Shah.

Ariff Shah adalah seorang ahli politik yang semakin menyerlah di negeri ini dan beliau adalah satu-satunya wakil rakyat BN yang menang dalam kubu kuat PKR apabila berjaya mempertahankan kerusi DUN Seberang Jaya dalam parlimen Permatang Pauh itu untuk penggal kedua.

Antara kelebihan Ariff Shah ialah beliau disegani oleh musuh dan rakan kerana bekerja tanpa mengira kaum dan fahaman politik malah beliau juga telah banyak menyelesaikan masalah tempatan yang dihadapi oleh para penyokong PKR sendiri.

“Pemilihan Ariff adalah kerana mengambil kira faktor kemenangannya di DUN Seberang Jaya dan faktor setempat”, kata Najib.

Ariff Shah adalah seorang yang mengetahui strategi politik Anwar kerana beliau pernah menjadi Ketua Pemuda Umno Bahagian Permatang Pauh ketika Anwar menerajui bahagian itu.

Bernama melaporkan beliau juga lebih mengenali pengundi di Permatang Pauh berbanding Anwar kerana Ariff Shah yang tinggal di Seberang Jaya sentiasa berada di kawasannya dan turut menjalankan kerja-kerja membantu rakyat di ketiga-tiga DUN di Permatang Pauh setelah kesemua wakil rakyat BN yang lain tewas.

Ariff Shah, yang menerima pendidikan di sekolah rendah dan menengah jenis kebangsaan Cina, melahirkan keyakinannya untuk memenangi kerusi itu walaupun dengan majoriti yang kecil.

“Saya yakin menang walaupun dengan majoriti yang kecil kerana saya mendapat sokongan rakyat dari semua kaum,” katanya yang fasih bertutur dalam bahasa Mandarin dan Hokkien.

Katanya, sudah tiba masanya BN menebus semula kekalahan selama tiga kali di Parlimen Permatang Pauh itu dan berharap pilihan raya kecil ini akan membawa perubahan yang sangat diharapkan oleh masyarakat setempat.

Bagi Anwar pula, beliau tidak kisah siapa yang menjadi pencabarnya pada pilihan raya kecil itu nanti.

“Saya tak kisah siapa calon yang ditentukan oleh pihak sebelah sana (BN). Saya bukan nak gaduh dengan Ariff Shah. Kalau dia nak bertanding itu hak dia. Lagipun dia dah menang kawasan Seberang Jaya,” katanya ketika berceramah di Kampung Kota, Permatang Pasir malam Rabu.

13/8/2008


Responses

  1. Petikan dpd. Agenda Daily Insight News


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: